Satu ‘titik hitam’ di atas lembaran kertas A4

A black spot on A4

A black spot on A4 Paper

Saya pernah menghadiri satu program motivasi di mana perunding motivasi itu mengambil sehelai kertas dan membuat satu titik hitam yang kecil di tengah-tengah kertas tersebut… Lalu beliau bertanyakan kepada kami apa yang kami nampak pada kertas itu… Seluruh dewan bergema dengan jawapan, “satu titik hitam”…

“Lihat, anda hanya melihat kepada keburukannya sahaja… Saya berharapkan agar remaja seperti kamu menjawab, “warna putih”… namun sangkaan saya meleset… Kamu tetap nampak keburukannya walaupun sekelilingnya penuh dengan warna putih suci”, katanya…

“Kita sebagai manusia sepatutnya lebih menghargai kebaikan daripada keburukan… Mencintai kebersihan daripada kekotoran… Menyukai kebenaran daripada penipuan… Tetapi ramai di antara kita yang memilih sebaliknya… Maka lahirlah golongan yang suka menuduh dan menghakimi orang lain tanpa memikirkan kesalahan dirinya”, terang pakar motivasi itu dengan panjang lebar membuatkan kami termangu…

Jangan hanya kerana satu kesalahannya, anda terus menghakiminya tanpa usul periksa… Remaja seperti kamu perlu mengambil berat hal yang tidak dipandang sebagai satu hal yang penting oleh orang dewasa… Kamu perlu lakukan perubahan… Perubahan dalam diri kamu dan juga diri orang lain”, ujarnya lagi…

Kisah di atas dipetik daripada petikan novel “Love Yasmin”…

From my views :

Saya nak mengajak diri saya dan anda semua untuk merenung seketika apa yang nak saya sampaikan di sini… Ia hanyalah sebuah pandangan, boleh jadi anda bersetuju dan boleh jadi tidak… Memang benar sekali tentang apa yang diperkatakan melalui sedikit petikan daripada pengalaman penulis novel tersebut… Sebagai manusia, sememangnya kita takkan terlepas daripada buat silap kan??… Kerana apa?? Kerana kita semua adalah manusia yang tidak sempurna…

Nama saya Syamil bermaksud kesempurnaan, keanggunan namun ia hanyalah sebuah nama, saya sendiri juga tidak sempurna dan tidak mungkin akan sempurna… Setiap kesalahan kali pertama yang kita atau orang lain buat seharusnya perlu dipertimbangkan untuk diberi kemaafan… Cukuplah dengan sekadar teguran yang baik kepada si pelakunya… Berikan kepadanya peluang untuk dia berubah dan untuk tidak mengulangi lagi kesalahannya itu… Jika perlu marah, marahlah dengan cara yang paling terhormat dan dengan penuh rasa kasih sayang yang anda boleh buat… Pada saya, rasa marah itu juga adalah makhluk Allah dan ada masa dan ketikanya kita perlu juga untuk menggunakan kemarahan supaya sesuatu perkara itu menjadi lebih baik pada masa akan datang… Bak kata orang, marahlah jika marah anda itu kerana anda inginkan kebaikkan daripadanya… Ingat guys, rasa cinta, rasa derita, rasa bahagia, rasa sedih dan sebagainya juga adalah makhluk Allah S.W.T…

Namun jangan disimpan dan diingat-ingat pula akan kesalahan seseorang kerana jika anda buat begitu samalah seperti anda menyimpan D E N D A M kepadanya… Anda nak jadi pendendamkah?? Thinking about it again… Jangan disebabkan satu kesalahan kecil yang dibuat seseorang anda terus menghukumnya seolah-olah dia telah melakukan satu dosa besar dan tiada lagi pengampunan dan kemaafan terhadapnya… Janganlah pula kita menjadi hina dan buruk sebegitu rupa… Berikanlah dia peluang kerana sejahat-jahat dan seteruk manapun seseorang itu, tetap di dalam hatinya akan ada juga walau sekelumit kebaikan yang dia buat… Bukankah setiap manusia itu fitrahnya suka akan kebaikkan?? Namun jika kesalahan yang sama dibuat dan diulang olehnya untuk kali kedua apatah lagi yang ketiga dan seterusnya, sememangnya itu harus diberi peringatan dan teguran yang agak keras kepada si pelakunya… Jika masih tidak sedar dan tidak peduli akan salahnya walau telah diberi nasihat berkali-kali, orang seperti ini hanya layak dikenakan hukuman!…

Bercerita pula tentang maruah… Setiap orang mempunyai maruah atau harga diri… It calls dignity in English… Kebanyakkan orang yang buta hati, buta perut dan buta mata akan melihat orang-orang besar, orang-orang atasan, VIP, orang-orang kenamaan, pak-pak menteri, orang yang ada keturunan ternama yang hanya perlu untuk dihormati dan dijaga maruah mereka… Dan setiap benda yang mereka lakukan yang terang benderang salah pun anda akan kata betul, ‘two tumbs up’ & “yes sir!”… Pelik saya macam mana manusia-manusia seperti ini boleh wujud dalam dunia hari ini! Orang seperti ini lebih layak tinggal dalam ‘zoo’ kerana tak tahu nak menggunakan akal yang Allah bagi kepada mereka… Wake up lah weyh, benda salah tetap salahlah, betul tetap betullah! Apakah yang telah membuatkan akal kamu terbalik??!

Ada satu prinsip yang saya pegang, tak kira siapapun kamu, setinggi mana jawatan kamu, sebanyak mana wang dan harta yang kamu miliki, selagi mana kamu tidak tahu nak menghormati orang lain dan menjaga maruah seseorang, kamu tetap tiada nilai walau satu sen walaupun kamu adalah tergolong dalam those people that I’ve mentioned above… Islam sebaik-baik agama mengajar supaya kamu hanya takut kepada Allah S.W.T bukannya kepada makhluk yakni manusia… Kamu hanya perlu hormat sesama manusia tetapi tak perlu takut kepadanya tak kira siapapun dia… Agama mengajar kamu untuk saling menghormati orang lain… Pendidikan sivik di sekolah jugak pernah mengajar kamu supaya berbuat baik dengan orang… Namun, jika kedua-kedua itu sedikit pun tak memberi kesan kepada kamu, baik kamu jangan jadi oranglah weyh!!

Akhir kata, saya mengajak diri saya jugak, belajarlah untuk menghormati orang lain… Belajarlah untuk menjaga maruah orang lain…

Saya teringat akan kata-kata Saidina Ali R.A, “Jadilah kamu orang yang baik… bila ada disukai… bila tiada dirindui… bila mati ditangisi… Janganlah kamu jadi orang jahat… bila ada dibenci… bila tiada disukai… bila tiada disyukuri… “

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net