A Journey to FIRA RoboWorld Cup 2014, Beijing

Last Day @ FIRA 2014

Alhamdullillah… Dah lama rasanya empunya diri tidak meng’update’ blog yang dibangunkan hanya sekadar suka-suka pada awalnya… Sedar tak sedar, dah hampir setahun lebih rupanya… Maaflah, sejak menjejakkan kaki di universiti, saya agak sibuk dengan pelbagai program kolej & juga fakulti… Sibuk saya nih terjadi bila memegang sesuatu jawatan dalam aktiviti yang akan dianjurkan, dengan berjawatan pula pasti akan timbulnya rasa tanggungjawab dalam diri untuk memikul amanah yang telah diberikan… Biasalah, student life lah katakan… erkk?? 🙂

So, hari ni saya nak story sikit tentang journey saya bersama rakan-rakan dalam kelab mewakili Kelab Robot Soccer UKM ke Pertandingan 19th FIRA RoboWorld Cup & RoboWorld Congress 2014 yang baru sahaja berlangsung pada 4 – 10 November yang lepas di Shinjingshan District, Beijing China… What, korang pergi Beijing, China ker??!”Ya lah, negara China.. Apa masalah hang weyh??!” haha… 🙂

Surely, banyak perkara yang perlu difikirkan, dirancang dan dirangka sebagai persediaan seawal mungkin oleh kami sebagai satu team yang mewakili UKM, universiti tercinta kamilah ni… cheewahhh! 😛 Ianya melibatkan urusan ke luar negara jadi banyaklah perkara yang perlu dikorbankan seperti masa, wang ringgit & juga tenaga…

Untuk pengetahuan korang, sekarang adalah musim sejuk di China setelah peralihan musim daripada musim luruh dari September ke October (autumn) sebelum beralih ke musim sejuk November ke March (winter)… Tapi kalaulah pertandingan ni diadakan pada musim salji kan best?? Saya teringin gila nak main salji… tapi, sedikit sebanyak dapat merasai ‘bahang salji’ pun jadilah… hehehe 🙂

So, dipendekkan cerita… Pasukan Robot Soccer UKM telah menghantar 12 orang peserta (10 pelajar & 2 pensyarah) yang melibatkan 3 pasukan yang mewakili kategori-kategori tertentu seperti SimuRoSoT (Simulation Robot Soccer Tournament), AndRoSoT (Android Robot Soccer Tournament) dan juga MiRoSoT (Micro Robot Soccer Tournament)… Kalau korang nak tahu deeper & details tentang kategori-kategori yang saya sebutkan tadi, just ask Mr. Google atau explore dekat website www.fira.net… Untuk ke Beijing, kami telah menempah penerbangan Air Asia yang mana harga tiketnya juga quite reasonable at that time…

3 November 2014 :

Pukul 3 petang, kami bertolak dari UKM ke KLIA2 dengan sebuah bas (coach) yang disewa khas untuk menghantar dan mengambil kami ketika kami pulang… Sebaik tiba di KLIA2, kami terus ke kaunter ‘check-in luggage’ untuk check-in luggage masing-masing beserta robot dan barang-barang robotik yang dibawa bersama… Flight kami dijangka akan berlepas sekitar pukul 7.10 malam dan sampai Beijing sekitar pukul 2.30 pagi di Beijing International Airport… Sebelum berlepas, jom ambik gambaq dulu buat kenangan terindah… haha 🙂

FIRA RoboWorld 2014 - Before departure

FIRA RoboWorld 2014 – Before Take Off 1

FIRA RoboWorld 2014 - Before Departure 2

FIRA RoboWorld 2014 – Before Take Off 2


4 November 2014 :

So, gambar di bawah nih adalah ketika mana kami telah tiba di Beijing International Airport… Bila dah sampai, kami relax-relax sekejap sementara menunggu pagi untuk kami dibawa oleh tour guide ke destinasi seterusnya…  

Arrival - Beijing Airport 1

Arrived – Beijing Airport 1

Arrival - Beijing Airport 2

Arrived – Beijing Airport 2

Hari pertama sampai, kami dibawa oleh seorang tour guide untuk ke ‘The Great Wall of China’ (Tembok Besar China)… Perjalanan kami untuk ke Great Wall melalui ‘Badaling Entrance’ adalah lebih kurang 2 jam perjalanan… So, untuk yang tak tahu, Tembok Besar China ini adalah salah satu daripada 7 benda ajaib dunia weyh… Alhamdullillah, setidak-tidaknya dapat juga kami menjejakkan kaki di sini walaupun keadaannya agak sejuk pada waktu ini… 🙂

The Great Wall 1

The Great Wall 1

Visiting The Great Wall 2

Visiting The Great Wall 2

Visiting The Great Wall 3

Visiting The Great Wall 3

Kemudian, kami bertolak untuk lunch di sebuah restoran yang provide halal food yang tidak jauh dari The Badaling Great Wall nih… Menunya agak menyelerakan & yes, saya bagi mereka 4 bintang… haha.. Saya tak berapa pasti apa nama restorannya… Kemudian, kami dibawa pula ke sebuah bandar Islam yang quite familiar di Beijing ni iaitu Wu Jin Street… Di sini kami berhenti lebih kurang sejam untuk solat Asar dan membeli barang-barang keperluan yang kami perlu… Kiranya macam beli stok untuk hidup seminggu lah lebih kurang gitu.. haha 🙂


Sebabkan semua dah letih tahap dewa, kami terus dihantar pulang ke hotel tempat kami akan menginap selama seminggu iaitu di Jingyan Hotel… Tempat pertandingan FIRA RoboWorld Cup diadakan adalah di Shijingshan Stadium dan ia hanyalah bertentangan dengan hotel tempat kami menginap, lebih kurang 7 minit berjalan kaki… So, inilah bilik hotel yang kami menginap…

JingYan Hotel Room 1

JingYan Hotel Room 1

JingYan Hotel Room 2

JingYan Hotel Room 2

Okeyh, tamat cerita untuk 4 November 2014…

5 November 2014 :

Pukul 7 pagi : Dari jendela bilik, keadaan di luar sedikit berkabus, dari hujung kaki langit kelihatan fajar sedang menyinsing… Pukul 7 pagi di sini ibarat pukul 9 pagi di Malaysia… Merenung ke bawah, kelihatan beberapa orang awam sedang berjalan kaki ke bus stop… Ada yang berjalan-jalan bersama anjing peliharaan mereka, ada juga yang sedang bersenam dengan berjoging di sepanjang laluan pejalan kaki… Pandangan saya teralih ke bawah kepada mereka yang sedang menunggu bas… Sebaik bas tiba, mereka berbaris dengan penuh berdisiplin dan teratur untuk menaiki bas… Saya rasa inilah rutin harian bagi mereka yang menaiki bas untuk ke tempat kerja… Tiba-tiba ingatan saya tersentak apabila memikirkan keadaannya di tanah tumpah darahku… Berbeza, sangat b e r b e z a… No words that can be described how diciplines they were…   

Selepas sarapan, kami meneruskan plan kami untuk ke ‘The Forbidden City’… Untuk ke sana, kami menaiki Subway yang memakan masa lebih kurang dalam 20 minit macam tu… Hampa nak tau, kata orang, jika ke Beijing, ada beberapa tempat yang ‘wajib’ untuk pi melawat, The Great Wall dan The Forbidden City adalah termasuk dalam top list tempat yang ‘wajib’ dikunjungi tau… So, Here is The Forbidden City…

The Forbidden City 1

The Forbidden City 1

The Forbidden City 2

The Forbidden City 2

The Forbidden City 3

The Forbidden City 3

Selepas melawat The Forbidden City, kami terus pulang ke Hotel untuk urusan pendaftaran kategori pertandingan… Selepas pendaftaran, kami diberi quick briefing oleh organizer mengenai perjalanan pertandingan…


So, that’s all for 5th November 2014…

6 November 2014 | 7 November 2014 | 8 November 2014 | 9 November 2014 :

Dipendekkan cerita, setiap 4 hari berikutnya, rutin harian kami selepas sarapan, kami akan terus ke tempat pertandingan…

SimuRoSoT :
Untuk kategori SimuRoSoT, satu pasukan diwakili oleh 2 orang peserta… Saya bersama seorang lagi rakan mewakili kategori ini… Kategori SimuRosoT dipertandingkan secara ‘virtual’ dimana sebuah PC berada di tengah diantara 2 kumpulan peserta yang akan bertanding dan seorang pengadil akan duduk di antara 2 kumpulan tersebut… Dipertandingkan dengan menggunakan perisian ‘Robot Soccer v1.5a’… Setiap kumpulan perlu melakukan strategi pengaturcaraan yang tersendiri dan kreatif untuk menamatkan riwayat pasukan lawan… Pengaturcaraan untuk SimuRoSoT dan MiroSoT almost same and not really much different…

SimuRoSoT Team

SimuRoSoT Team

 

MiroSoT :
Dipertandingkan dengan menggunakan robot yang bernama ‘Innova’ atau ‘Merlin’ yang mempunyai 2 roda… Kategori ini merupakan kategori yang kami rasa mampu untuk mendapat juara… Tapi, setelah ‘all out’, akhirnya rezeki kami hanyalah mendapat tempat ketiga setelah Politeknik Seberang Prai mendapat juara dan pasukan dari negara China mendapat naib juara… Tak mengapalah, mungkin tak dak rezeki kali ni, tapi manalah tahu lain kali mungkin nasib menyebelahi kami, sapa tau kan?… Adat bertanding guys… Saya terima dengan penuh berlapang dada (sambil menepuk dada)… :p

MiRoSoT Team

MiRoSoT Team


AndroSoT :
Untuk kategori ini, selain robot yang bernama ‘Bioloid GP’ atau ‘Bioloid Premium’ bermain bola sepak, terdapat beberapa ‘challange’ yang diuji seperti penalty kick & dribble and attack… Kami telah mendapat juara bagi ‘penalty kick challange’ dan mendapat tempat ketiga bagi ‘dribble and attack challange’… Setiap inci pergerakan robot, strategi, ‘ball prediction’ dan sebagainya untuk kategori ini adalah agak mencabar dan perlu dibuat kajian dengan sebaik mungkin untuk diimplementasikan di dalam coding…

AndRoSoT Team

AndRoSoT Team

So guys, could you please clap your hands to appreciate our achievements?? kehkeh… T h a n k  y o u  s o  m u c h… 🙂

10 November 2014…

Pukul 6 pagi :’Alarm’ subuh dari handphone Nokia XpressMusic berbunyi… “Ceh, Nokia Xpressmusic jer der?? pakai HP murah jer rupanya… Tak ada duit ker nak beli HP baru syamik??” Cis.. Cis.. Cilakak betol, HP aku yang mahal skrin dia rosak la weyh! The screen kept on blinking upon it’s been touched all over the time’…Aku beli LG G2 dulu +- RM1600 jugak la… Then malas pikiaq aku guna balik HP lama!” hihi… Forget about that… Lepas solat subuh, terus ‘packing’ semula beg dan barang-barang yang masih belum siap…

Selepas sarapan, kami semua terus ke Dewan Utama stadium untuk majlis penyampaian hadiah dan cederamata… Alhamdullilah, UKM berjaya membawa balik 1 emas (AndroSoT penalty kick challange) dan 2 gangsa (MiroSoT & Androsot dribble & attack category)… Saya agak sedikit terkilan kerana selain mendapat sebuah trofi, kami juga mendapat sijil penyertaan pertandingan yang hanya dicetak dengan menggunakan kertas A4 yang nipis dan tidak begitu kelihatan seperti sebuah sijil yang benar-benar ingin diberi sebagai penghargaan…  

SimuRoSoT : UKM with NUPC Team

SimuRoSoT : UKM with NUPC Team

AndroSoT : UKM with Mexico Team

AndroSoT : UKM with Mexico Team

MiroSoT : 3rd Place

MiroSoT : 3rd Place

Apapun, segala penat lelah, pengorbanan kami selama ini sedikit sebanyak membuahkan hasil yang agak baik walapupun kejayaan kami pada kali ini tidaklah sebaik yang boleh dibanggakan…  

Team Robot Soccer UKM

Team Robot Soccer UKM

Shopping Time

Shopping Time

11 November 2014…

Alhamdullillah… Akhirnya, kami selamat menjejakkan kaki semula ke Malaysia… Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu segala urusan kami sejak kami mula merancang, bertolak dan sehinggalah kami kembali semula ke Malaysia… Terima kasih jugak kepada rakan-rakan seperjuangan yang mewakili Kelab Robot Soccer UKM, pensyarah pengiring, JPPEL UKM, pihak Canselori dan terutama sekali kepada Universiti Kebangsaan Malaysia… Thank you so much!! 🙂 

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net