Adakah mereka akan masih bersama kita pada PRU-14?

murdyisul & timbalan mursyidul am pas - syamil.net

Hari ini 6 Mei 2013, hari dimana keputusan pilihanraya umum ke-13 telah pun diketahui… BN telah menang dengan mendapat 133 kerusi parlimen, manakala pakatan rakyat ‘PR’ pula mendapat 89 kerusi parlimen… Apapun, segala keputusan mesti diterima dengan hati yang terbuka oleh semua rakyat Malaysia, relax laa, kita kan demokrasi berparlimen… Senang cerita, rakyat masih bagi mandat kepada BN untuk terus memerintah Malaysia ini… Tapi, ada tapi… harus diingat, segala penipuan, salah guna kuasa, penyelewengan dalam pilihanraya umum ini tetap tidak boleh dimaafkan sama sekali, salah tetap salah, tipu tetap tipu! kenapa saya kata macam tu? sebab saya sendiri ragu-ragu dengan PRU kali ni, manakan tidak depan mata saya, di tempat saya sendiri saya jadi saksi dengan mata & kepala sendiri ada orang yang tidak sepatutnya datang tapi dibenarkan mengundi… Tiada maaf bagimu! Nilai keadilan & ketelusan itu mesti ada pada setiap manusia yang telah diberikan amanah tidak kira siapapun dia!

Saya tak tahu kenapa hari ini saya dapat rasakan seperti suasana suram menyelubungi Malaysia, di facebook pun tidak banyak benda menarik yang dikongsi oleh rakan-rakan tentang keputusan PRU ini, mungkin sebab kecewa agaknya… Jika sebelum PRU memang ramai jugaklah rakan-rakan yang bukan main lagi update & share tentang politik, hemtam sana hentam sini, gaduh sana gaduh sini, tapi tidak lagi pada hari ini 6 Mei 2013… Masing-masing seperti putus asa, sedih & kecewa atas kekalahan ini… Jari jemari jadi kaku untuk update status di facebook, apatah lagi untuk chat berkenaan result PRU dengan rakan-rakan… Tapi hati kecil saya bagitau, actually PR tidak kalah la syamik! PR menang sebenarnya! 🙂 “Hang tak tengok TV ka wei? BN yang menang LOL, ikut otak hang ja cakap PR menang.. hak tuihh!!” hehe… Ya, saya tau, saya tau BN memang… So, saya nak bagitau, otak hang tu better pikiq nun jauh ke hadapan sama, jangan pikiq takat dunia ja, jangan asyik nak pikiq habuan dunia, pikir la untuk kebaikan bersama umat Islam sejagat… Saya orang Islam & saya percaya sesiapa yang mengikuti jalan orang-orang yang ingin menegakkan agama Allah di mukabumi ini maka merekalah orang yang berjaya di dunia & akhirat…

Saya bukanlah orang alim, bukan orang soleh, ilmu agama pun banyak yang masih jahil & perlu belajar, yang mana saya tahu saya akan kongsi, kalau tak tahu saya cakap saya tak tahu, namun saya sayangkan para alim ulamak, saya menyanyangi orang-orang soleh walaupun saya bukanlah daripada golongan mereka… Kerana mereka ini adalah golongan yang diangkat darjatnya oleh Allah SWT & mereka juga diberikan keizinan di akhirat nanti untuk memberi syafaat kepada sesiapa yang mereka mahu… Tapi hakikatnya pada hari ini, mereka ini selalu dicemuh, dicerca & dihina di media-media arus perdana padahal mereka adalah orang-orang yang dekat dengan Al-Quran & memahami isi kandungannya, mengikuti & mengamalkan sunnah Rasullullah SAW tapi masih ramai yang menolak mereka ini secara terang-terangan… Pakaian mereka dikatakan ketinggalan zaman, akhlak & kebaikan mereka dikatakan bajet bagus, teguran mereka dikatakan berfatwa dengan sesat… Tak faham saya kenapa kita perlu untuk menjadi hina & buruk sebegitu rupa??! Jika golongan alim ulamak pun kita dah tak percaya, kepada siapa lagi yang kita nak percaya????

Di facebook, sedang ‘scrolldown’ ke bawah, mata saya terpandang kepada satu status yang dikongsi yang bertajuk, ‘Adakah mereka masih akan bersama kita dalam perjuangan Islam pada PRU-14?”… Bersama status ini juga ada diletakkan muka 2 orang tokoh ulamak terkenal di Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat & Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din… Sebaik melihat kepada gambar mereka berdua, saya menjadi sebak… Ditatap lagi dengan lebih lama, saya tidak dapat menahan perasan lalu gugur air mata yang saya cuba untuk tahan daripada jatuh ke pipi… Saya sendiri bingung, perasaan sedih, sebak bercampur menangis… Makin lama saya pandang wajah mereka, makin tak dapat saya nak kawal perasaan, makin laju air mata keluar… Akhirnya, mata saya merah & tersedu macam budak kecil… Saya sendiri tak dapat nak bayangkan adakah mereka akan masih bersama dengan kita untuk 5 tahun yang mendatang kerana faktor usia mereka yang telah lanjut…

murdyisul & timbalan mursyidul am pas - syamil.net

Mursyidul & Timbalan Mursyidul Am Pas

Umur Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din : 75 Tahun (2015)

Umur Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat : 84 Tahun (2015)

Pada saya, mereka adalah tokoh ulamak yang sangat disegani & dihormati oleh semua orang di Malaysia… Saya tahu, sepanjang hidup mereka, mereka ingin sangat nak melihat tertegaknya agama Allah SWT yang suci di bumi Malaysia ini dengan sebenar-benarnya… Biarpun mereka selalu dihina, dicerca, dimaki & sebagainya namun mereka adalah orang yang berjiwa besar, cekal & tabah dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam & undang-undangnya… Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din adalah insan yang telah memberi sinar kepada hati saya untuk lebih mendekatkan diri kepada Islam selepas saya menangis apabila pertama kali mendengar kisah beliau bermimpi bertemu Rasullullah SAW… Kerana mimpi itu, saya selalu berfikir akan nilai diri saya di sisi Allah SWT jika nak dibandingkan dengan beliau ibarat langit & bumi, dan kerana mimpi itu juga saya nak berubah…

Jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka tidak ada lagi bersama dengan kita, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka, terima kasih atas perjuangan yang sangat murni, terima kasih atas mengajar ilmu agama kepada kami, terima kasih atas teguran kerana kesilapan kami, terima kasih atas nasihat untuk menaikkan semangat kami, terima kasih atas peringatan kerana kelalaian kami, terima kasih atas didikan & bimbingan yang lurus & benar kepada kami, terima kasih atas doa kalian terhadap kami, terima kasih atas segala-galanya, hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalas jasa kalian, terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan mereka kepada kami… Saya amat menyanyangi mereka berdua… ‘Perginya’ mereka maka tiada sesuatu yang boleh dijadikan galang-ganti untuk mengembalikan insan hebat seperti mereka berdua lagi… Mereka ibarat mencari sebutir permata di dalam timbunan kaca…

Saya berdoa kepada Allah SWT supaya mereka berdua dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki hendakNYA & dipermudahkan segala urusan mereka di dunia & tempatkanlah mereka berdua di kalangan hamba-hambaMU yang soleh & beriman kelak Ya Allah!… Amin…

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net