Kisah Interview Gred N17

kisah temuduga

Baru-baru ini saya ada menghadiri satu interview di sebuah PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) di utara semenanjung… interview ini saya dapat tahu melalui ayah saya sendiri… ikutkan hati, saya kurang berminat nak hadir interview ini sebabkan jawatan yang diiklan hanyalah pekerja sambilan harian… maksudnya, jawatan ini kontrak, bila sebut kontrak maknanya akan ada tempoh, jika tamat tempoh maka tamatlah perkhidmatan… lagipun saya ada mohon part-time job dekat 3 hotel di tempat saya sebelum ini, borang permohonan telah dihantar beserta resume dan gambar sekali… cuma tunggu masa untuk diorang panggil untuk interview or terus bekerja…

Disebabkan ini harapan ayah saya untuk tetap pergi menghadiri interview ini, maka saya akur dan tidak menolak… sehari sebelum interview, saya mula mencari semua sijil-sijil akademik & kokurikulum.. sijil berkenaan IT juga mesti ada untuk calon-calon yang nak hadir interview kerana ia salah satu syarat untuk anda dipilih… saya tidak ada masalah untuk menunjukkan sijil IT sebab saya memiliki 2 sijil IT professioal yang diiktiraf di peringkat global iaitu CCNA (Cisco Certified Networking Academy) & ENSA (Ec-Council Network Security Administrator)… Nak berlagak la nie kan??.. hehe.. tak la, memang saya ada 2 sijil tu.. 🙂 you can google it and find about its salary too based on that certificates… Jangan terkejut k! 🙂

Esoknya, seawal jam 7.30 pagi saya bertolak dan sampai dalam pukul 8 pagi… Pendaftaran calon seawal pukul 8.30 pagi hingga 11 pagi… calon-calon yang datang saya anggarkan ada lebih kurang 250 orang… saya mendapat angka giliran interview yang agak baik juga… ada 2 bilik untuk interview, bilik A untuk calon yang mendapat nombor giliran ganjil manakala bilik B untuk calon angka giliran genap… no saya genap, jadi bilik B…

kisah temuduga
Actually, saya tak pernah menghadiri mana-mana interview sebelum ni.. inilah kali pertama… sebelum saya terlupa, sehari sebelum interview berlangsung, saya google berkenaan cara pemakaian & etika semasa interview.. pada saya, etika & cara pemakaian untuk interview ni sama saja panduannya di mana-mana website, tak jauh sangat bezanya.. saya ingat lagi, ada jugak etika & cara berpakaian yang saya tidak setuju langsung & nampak menyusahkan, secara tiba-tiba mulut saya pun TERkata, “cilakke, macam nie pun ada?.. “sial, apa punya etika la!”… haha… maaflah, sebabnya saya jenis orang yang tak suka ikut peraturan atau etika sebab tu la boleh TERkeluar macam tu.. 🙂 Apapun, many thanks to google! 🙂 saya pun tahu, peraturan/etika penting dalam hidup untuk berjaya tapi bukan 100% perlu diikut, yang menyusahkan tak perlulah sangat, yang penting, kena yakin, besederhana & tawakkal!

sampailah giliran saya, saya dipanggil untuk masuk ke dalam bilik interview… saya berjalan dengan bersemangat, senyum dan penuh di minda tentang hafalan tentang etika tatacara… sebaik pintu ditutup, saya terus mengucapkan salam, ada 2 orang penemuduga lelaki, segak memakai kot hitam, saya terus berjalan ke sebuah kerusi di hadapan, penemuduga menangguk kepala tanda supaya saya duduk di kerusi disediakan… selepas duduk, mereka meminta saya menghulurkan fail..

Penemuduga : Nama kamu Muhamad Syamil.. Kamu tinggal di mana?

Syamil : Saya tinggal di ***** ****.

Penemuduga : Ayah kamu nama apa? kerja apa?

Syamil : Ayah saya nama Rosli *****.. Kerja sebagai pembantu tadbir di sekolah kebangsaan *********.

Penemuduga : oh, itu ayah kamu rupanya.. 🙂 kamu tahu guna microsoft word? excel? powerpoint?

Syamil : ya tuan, saya tau semuanya…

Penemuduga : Ok bagus.. Kamu ada siji IT?

Syamil : ya tuan, ada.. saya ada 2 sijil IT seperti yang tuan boleh tengok pada sijil-sijil saya semuanya… sijil pertama CCNA dan kedua ENSA… kedua-dua sijil ni dikenali sebagai sijil professional dan diiktiraf di peringkat antarabangsa…

Penemuduga : oo.. kalau macam tu kenapa kamu tak mohon kerja di syarikat atau tempat lain yang lebih sesuai dengan kelayakan sijil kamu ni? lagipun ni sijil professional diiktiraf antarabangsa… kalau kamu kerja di syarikat mana-mana mesti gaji kamu dalam Rm3000 ke atas.. kerja yang nak kamu pohon nie tak berapa layak dengan kelayakan yang kamu ada ni.. gaji untuk jawatan ni cuma Rm1180 lebih.. sekarang ni kamu dah bekerja atau belum? sebelum nie pernah kerja apa?

Syamil : sekarang saya belum bekerja.. banyak tempat saya pernah bekerja, saya pernah kerja hotel, motel.. tahun lepas saya kerja di sebuah company IT di Putra Height, Subang.. tapi semua tempat ini saya kerja part-time dan ada juga kontrak sebab saya masih menyambung belajar… saya tengok pada borang iklan jawatan ada tulis jawatan ini akan diutamakan kepada mana-mana calon yang ada sijil IT… jadi, saya seorang yang ada sijil IT.. Sebab itu saya mohon untuk jawatan ini.. lagipun hari ni saya tengok agak susah untuk bekerja di sektor kerajaan.. sebab itu saya nak mohon untuk jawatan ini..

Penemuduga : ok.. baguslah kalau kamu memang berminat nak pohon… ermm, Muhamad Syamil suka baca paper tak?

Syamil : ya, saya suka baca paper.. 🙂

Penemuduga : Boleh tak kamu cerita kat kami sikit apa isu semasa hari nie yang jadi di Malaysia?

Syamil : maksud tuan, isu Lahad Datu?

Penemuduga : yaa.. yaa.. bagi pendapat kamu sajalah, kami nak dengar, kamu ceritalah apa yang kamu tahu tentang isu Lahad Datu…

Syamil : pada saya, isu Lahad Datu ni isu besar.. ini tentang isu keselamatan negara & rakyat Malaysia… memang tak patut sama sekali pencerobohan ni berlaku sebab dia boleh membahayakan nyawa rakyat Sabah dan rakyat Malaysia sekaligus, lagi satu boleh menjatuhkan nama baik negara kita…

Penemuduga : kamu rasa kenapa polis dengan tentera sampai kena berperang dengan mereka?

Syamil : sebelum nie kerajaan Malaysia ada bagi tempoh untuk tentera Sulu berundur, kerajaan pun ada nak buat pelan damai dengan mereka, nak berunding secara aman.. tapi mereka enggan, mereka tetap dengan keputusan mereka tak nak berundur.. jadi cuma tinggal satu cara dan cara itu hanyalah dengan jalan berperang dengan mereka…

Tiba-tiba masuk lagi seorang penemuduga yang tadinya melangkah keluar sebaik sahaja saya masuk untuk ditemuduga… seorang lelaki, berkot hitam terus duduk sambil memandang saya dan bertanya soalan…

Penemuduga : ((dengan nada berseloroh)) Tapi kamu dengar tak ada ‘pihak’ mengatakan isu Lahad Datu ni hanyalah lakonan kerajaan? semua yang terjadi tu hanyalah sandiwara antara kerajaan dengan mereka? polis & tentera yang mati tu pun cuma lakonan ja pun… macam mana pulak tu? cuba kamu jawab.. *[Dalam etika interview, soalan yang tak ada kena mengena dengan tajuk temuduga dikenali sebagai soalan trick.. tapi ini bukan lg soalan trick, ini memang soalan yang saya perlu jawab kepada mereka kerana mereka ingin menguji sejauh mana tahap kepekaan isu semasa saya]

Syamil : dalam hati ((sial, main politik la pulak, macam mana aku nak jawab nieh!))… Errr, maksud tuan macam mana?! maksud tuan pihak pembangkang mengatakan isu Lahad Datu nie semua angkara kerajaan & mereka tuduh semua ni hanyalah lakonan?? (-_-) <–

Penemuduga : yaa… kamu rasa macam mana?

Syamil : ohh, pada pendapat saya tak mungkin sama sekali isu Lahad Datu nie lakonan… kalau betullah berlakon takkanlah sampai ada anggota keselamatan yang mati ditembak, bukan seorang, bukan 2 orang tapi ramai berbelas-belas orang… takkanlah kalau berlakon sampai boleh mati kan tuan… Memang tak patut sama sekali pembangkang kata macam tu, pada saya ni cuma isu yang sengaja dipolitikkan oleh mereka…

Penemuduga : ok.. ok.. lagi satu, macam mana ya kerana isu Lahad Datu ni ‘mereka’ boleh mengubah minda jutaan rakyat Malaysia supaya percaya kepada kata-kata mereka yang ni cuma lakonan?

Syamil : tuan, ini pendapat saya… ini adalah masalah media sosial sebenarnya… hari ni, ramai rakyat kita memiliki gadjet canggih, telefon canggih-canggih… jadi, segala berita & isu semasa mudah untuk diakses, cuma di hujung jari saja… segala berita pun mudah untuk kita dapat… tapi belum tentu berita yang disebarkan itu betul 100%, mungkin ada yang tak betul, mungkin juga fitnah tapi jika ada yang percaya itu terpulang kepada mereka… mereka boleh menilai sendiri yang mana betul dan yang mana tak betul…

Penemuduga : ((sambil tersenyum)) ok.. ok.. bagus.. nak tanya, kamu dah daftar mengundi ke belum?

Syamil : (sambil tersenyum)) err.. dah, saya dah daftar mengundi… 🙂

Penemuduga : ok, terima kasih banyak-banyak…

Syamil : sama-sama tuan…

temuduga guru

Terus ke hadapan mengambil fail dan melangkah keluar dengan senyuman 1000 makna (^_^)

Conclusion :

1) Saya suka interview ini sebab tidak perlu sangat etika-etika bagai untuk kelihatan formal, interview ini nampak relax, bersembang & yang penting ada ciri-ciri kematangan… Anda tahu, kerana terlalu ikutkan etika, sedikit kesilapan yang anda lakukan akan menjadi penyebab semangat & keyakinan diri anda hilang & jatuh merudum ketika anda sedang ditemuduga… Just be yourself & be confident at all!!

2) Pada saya, tidak mengapa jika penemuduga bertanya tentang 1Malaysia, gagasan 1Malaysia, isu semasa yang berlaku kerana ini adalah umum (semua orang tahu)… Tapi tidak boleh sepatutnya ditanya berkenaan isu yang betul-betul menyentuh tentang sensitiviti politik yang jelas & terang tentang kepolitikkannya malah saya pun tahu tidak ada kena mengena dengan tajuk temuduga langsung, saya boleh sahaja untuk mengelak.. saya orang yang minat politik.. Yang pasti, saya tahu diri saya & undi itu adalah rahsia! (^_^)

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
  • Raof

    KAHKAHKAH Best cerita kau ni.kekeke….

© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net