Terima Kasih ‘Awak’ Untuk Segalanya…

Biarkan 'Dia' pergi seandainya dia bukan milik kita...

Sebuah kisah cinta yang unik yang ingin dikongsi… 🙂

Kisah ini saya tujukan khas untuk seorang insan yang sangat istimewa yang bernama N…

——————————————————————————————-

Ada seorang perempuan dalam hidup saya… Secara luarannya pada saya, orangnya cantik, comel, agak kasar, bermata bulat (mata menggoda kot), kulitnya putih, amat menghiburkan, suaranya agak manja, memiliki bentuk badan yang agak menarik dan pandai bergaya… Secara dalamannya pula, orangnya baik, manja, agak takut dengan hantu (rasanya la) dan yang paling penting mempunyai pegangan agama…

Pertama kali mengenali N pada pertengahan tahun 2009, iaitu tahun di mana saya mula menjejakkan kaki di sebuah IPTA di utara semenanjung… Tetapi N bukanlah seorang pelajar IPTA di tempat saya, masa itu dia masih bergelar pelajar sekolah menengah di Selangor, dia belum cukup umur, under 18 ler katakan, hehe :p… Mengenali N hanyalah di laman facebook, kerana dia adalah salah seorang ‘mutual friend’ kepada rakan baik saya…

Pertama kali melihat DF (Default Picture) dia di facebook, hati saya terus berkata, ‘comelnya budak nie’… Tp bila dh 2 3 kali tengok muka dia dok ‘trending’ kt ‘mutual friend’ kawan baik saya, terdetik di hati saya untuk kenal dia dengan lebih mendalam… Memang ramai girl yang cute-mute kat facebook nieh, x kurang jugak yang bajet cute dengan photoshop, dengan photoshop manusia mula nak bajet yang dia hot bukan?… bukan hot tp hot dog actually!! hehe 🙂 Tapi entahlah, dalam ramai-ramai hati saya tertarik kepada budak yang satu nie, macam ada something yang buatkan saya nak sangat kenal dengan dia… Adakah ini maknanya dari mata turun ke hati?! hehe… tak laa, saya berniat baik, just nak berkawan sahaja…

Biarkan 'Dia' pergi seandainya dia bukan milik kita...
Biarkan ‘Dia’ pergi seandainya dia bukan milik kita…

Saya ingat lagi, kami mula bertukar phone number di FB’s chat space… Then, 2 hari lepas tu, on the afternoon, N mula menelefon saya… My first impression, of course la saya x tahu saperkah gerangannya sampailah dia gitau dia adalah N… Saya tanya dia, “boleh x awak cakap utara dengan saya?”… Dia jawab, “saya x berapa pandai cakap utara!”… Bukan apa, saya ada ramai member dari KL, bila ceq cakap utaqa dengan depa, depa susah nak paham, ada jugak yang suruh repeat for the second time tapi yang buat ceq bengang lagi bila ceq cakap depa hangguk-hangguk ingatkan faham, rupanya dak, hampeh tol, rasa macam nak bagi penyepak ja kat muka!! Ini saja yang saya ingat… At that day, kami x berborak lama sebab saya ada hal… Semua nie masih segar dalam ingatan saya… Bila terpikir semula, memang saya tersenyum sorang-sorang…

Saya dengan N tak pernah berjumpa walaupun sekali… Lagipun saya dan N memang tinggal jauh… Sekadar mesej & berborak di telefon, itu jer yang kami buat bila saya rasa bosan… Then, hari demi hari, we were still keep in touch… At that time jugak saya dapat tahu yang N actually memang dah ader ‘someone’ before kami kenal lagi… So, to me, just go on with your special man, we still can be a close friend… Fitrah manusia, kalo orang dah cantik memang akan ada ramai peminat kan, itulah hakikatnya… Masa nie, saya x berapa kisah sangat sebab kami pun baru sangat kenal…

Then, semakin lama mengenali N, semakin kenal hati budi dia, saya dapat rasakan N memang seorang yang baik… Pada saya, dia seorang yang mengambil berat akan pegangan agama…  Dia juga seorang yang tahu menjaga diri dan maruah… Saya juga selalu berpesan kepada N supaya menjaga maruah, jaga dara & jangan sesekali gadaikan sebelum sampai masanya… Kerana zaman sekarang saya melihat ramai perempuan Melayu Islam yang tidak bertudung termasuk yang bertudung yang banyak hanyut & dah tak ada dara… If tak ada dara disebabkan bersukan or faktor-faktor yang bukan daripada berzina saya tak kisah, tapi ini yang hilang dara disebabkan pernah melakukan zina dgn BF, inilah perempuan yang paling sial & cukup-cukup buatkan saya menyampah… Masa buat tak ingat, lepas tu bila dah terlanjur, mula la bagi alasan-alasan bodoh yang membangangkan diri sendiri!! Kerana seorang lelaki sanggup kamu serahkan mahkota berharga! Lelaki & perempuan macam nie dua-dua patut disalahkan! Apapun, the main point, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik… Lelaki yang jahat hanyalah untuk perempuan yang jahat…

Back to the story, selama belajar di IPTA, N adalah salah seorang yang banyak menghiburkan hati saya… Saya tinggal di asrama kampus bersama roomate, berkongsi bilik yang hanya muat untuk 2 orang… Tapi roomate tak tinggal sebilik dengan saya sebab roomate saya tinggal di rumah kakak dia di luar kampus… Jarang sangat roomate saya datang untuk bermalam di katil dia… So, nak cakap sunyi, memang saya sunyi, orang lain ada roomate tapi saya terpaksa pergi bilik rakan-rakan lain bila saya bosan… huhuhu… :'(… Makin lama, sunyi pun dah tak rasa sunyi bagi saya sebab dah terbiasa… Terima kasih untuk awak N sebab tak pernah jemu melayan call saya yang selalunya sangat saya jadikan awak tempat untuk saya melepaskan rasa sunyi… Awak berbakat dalam menghiburkan hati orang… 🙂

Sekarang, dah hampir 3 tahun saya mengenali N… Akhirnya, saya betul-betul jatuh hati dengan dia… Saya juga pernah berterus terang yang dia ada ciri-ciri wanita idaman saya… 🙂 Kadang-kadang saya rasa memang dialah ‘orangnya’… Rakan-rakan saya yang tahu pasal saya & N selalu cakap yang N nie masih budak-budak lagi… Mungkin betul cakap diorang sebab kami berbeza umur 5 tahun… Tapi pada saya, N bukanlah budak-budak, saya tak pernah anggap N macam tu, saya tahu macam mana nak menghargai orang… Lama kelamaan, saya kerapkali terfikir pasal dia… saya mula jatuh hati dengan perwatakan dia… Sampaikan saya juga pernah mimpikan dia… Nie bukan saya buat cerita, memang saya betul-betul mimpikan dia… Aper orang panggil perasaan macam nie yer? sayang ker?… cinta ker?… hihihi… entahlah… 😛

Namun, baru-baru ini terjadi masalah besar antara saya, N & ‘seorang lelaki bernama Y’ yang cukup biadap dengan saya… Manakan tidak, saya tidak pernah sama-sekali mengenali Y, tidak pernah menjadi kawan tiba-tiba hadir dalam hidup saya dan cuba meletak api dalam hubungan saya dan N… Dia cakap dia adalah ex-pakwe kepada N… Dia cerita yang sebenarnya dia telah banyak kali terlanjur bersama N melalui webcam tapi belum sampai tahap ‘zina’ yang betul-betul… Hampir setiap kali saya online facebook dia mesti akan cerita, kongsi macam-macam perkara jahil tentang dia dan N… Sehinggakan saya jenis orang yang agak sukar nak percaya cakap orang pun hampir-hampir terpedaya dengan kata-kata Y tu…

Hancur hati saya bila dapat tahu semua ni kerana sayalah orang yang sentiasa menasihati N supaya menjaga maruah setiap masa tapi akhirnya cerita macam nie sampai ke telinga saya… Masa tu saya antara 80% percaya & 20% tidak… Akhirnya, Y mengaku kepada saya apa yang dia ceritakan tentang N kepada saya selama ini hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata… Tidak setakat itu, Y turut memaki saya dengan satu perkataan yang pada saya kalo dia betul-betul ada di depan saya, memang siaplah!! Dasyatnya kuasa fitnah kan?! Patutlah dikatakan yang memfitnah adalah lebih teruk daripada membunuh! Kerana mempercayai fitnah ini, saya hampir-hampir tidak mempercayai N lagi… Maafkan saya N, dari dulu lagi saya tahu yang awak adalah seorang perempuan yang baik…

Saya tak berharap N akan baca kisah nie… Dia pun mungkin dah lupa siapa saya hari nie, lagipun dia ramai ‘peminat’… Saya sendiri pun tak tahu macam mana hidup dia sekarang… Saya harap N akan mendapat result yang baik bila result SPM dia keluar nanti… Cumanya saya dah tak ada peluang nak membebel tentang result itu lagi.. Kadang-kadang saya rasa risau if one day dia terjumpa lelaki yang hanya nak mengambil kesempatan atas kebaikan dia… Saya berharap one day dia dapat jumpa orang yang baik, yang lebih baik daripada saya mungkin… Kalau ada peluang kali kedua untuk berjumpa dengan orang yang seperti dia, saya tak nak dan tak akan sama sekali lepaskan ‘si dia’ dengan sewenang-wenangnya lagi… Kadang-kadang kita perlu lepaskan seseorang yang bukan milik kita kan… Kita sebagai manusia yang hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukannya… Jodoh itu di tangan Allah bukan di tangan saya dan bukan juga di tangan N…

Lepaskan Ia Pergi...

Lepaskan Ia Pergi…

Kepada N, saya memohon berbanyak-banyak kemaafan… Kerana percayakan kata-kata Y, hati saya hancur dan saya jadi terlalu marah dan geram kepada awak… Sampailah ke kemuncaknya saya buat keputusan untuk kita tak akan berhubung lagi dan saya nak awak lupakan saya dan saya nak betul-betul lupakan awak mulai saat itu… Maafkan saya supaya nanti di akhirat sana awak tidak akan datang lagi depan saya untuk menuntut apa-apa lagi dosa saya pada awak…

Cuma kepada korang yang telah membaca kisah nie sampai sini, kisah nie memang kisah yang terjadi pada saya… Bukanlah niat saya untuk berkongsi cerita yang tak ada nilai nie, cumanya saya harap kita sama-sama dapat ambil pengajaran daripada kisah ini… Belajarlah untuk menghargai seseorang, belajarlah untuk selidiki sesuatu perkara yang belum pasti akan kebenarannya dan yang paling penting belajarlah untuk bersabar dalam setiap perhubungan walau apa pun yang terjadi…

~ Terima Kasih N****… Walaupun kita tak pernah berjumpa walau sekali tapi saya tahu awak seorang yang baik… Maafkan Saya Untuk Segalanya..

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
  • N****

    🙁 🙁 🙁 🙁 🙁 🙁

    T______________T
    cedih nyewww

  • Y

    lepaskanlah barang yg bukan milik kita sahabat

© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net