Nasihat Otai Programming Untuk Orang Baru…

computer programmer m2

 

 

 

Artikel nie saya copy daripada satu website & saya nak share dengan budak-budak yang sedang study dlm jurusan IT di Malaysia! 🙂

Assalamualaikum W.B.T…

computer programmer m2
Dulu aku ada tanya sorang otai programing (Arwah AncientOne dari putera.com) pasal camner nak belajar programing dalam 3-4 tahun lepas.. Jadi aku copy&paste mesej dia kat web nie.. harap dapat memberi manfaat kepada anda semua..

p/s: Arwah telah meninggal dunia pada bulan october 2006.. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. al-fatihah..

===================================================================

kalau hang nak start belajar programming dari mula.. aku cuma suggest satu – belajar assembly language (asm) dulu. asm ni language level paling rendah yang manusia bleh faham. Contohnya kalau kiter nak tambah 2 nilai, kiter buat [add eax, ebx] basically kalau hang tulis kod dengan asm, formatnya lebih kurang cam di atas laa.. tapi tu bergantung kepada jenis architecture processor yang kiter guna. Lain processor lain laa asm nyer (lain plak halnya ngan high level language cam C/C++ – die nyer bahasa tak spesifik kepada processor, maknanya satu kod bleh kompil kat maner2 architecture). Hang pun tau, dua jenis komputer peribadi yang orang biasa guner, kalau tak PC, dier guna mac. PC sekarang, dia nyer kepala otak (processor) yang popular 2 jer – dari Intel atau AMD. Sejarah PC ni hang kena carik sendiri laa – citer pasal 2 company IBM ngan Intel. Processor PC kiter nenek moyangnya berasal dari Intel nyer 8086 (nombor tuh nama processor tu laa). Kemudian ader lagi, 8088, 80286 dan sebagainya. Tapi first 32-bit processor yang kiter semer amik kesah adalah 80386. Semer processor lepas 80386 – 80486, pentium, p2, p3 ngan p4 semer pun asal dari 80386. Kalau hang tak tau aper2 pasal ni, hang kena cari tutorial laa. Problem bagi orang baru adalah – benda ni actually banyak nama. 80386 orang biasa sebut 386 jer. Kadang2 hang akan jumpe “80×86″ – merujuk kepada family 80386 laa tu, termasuk sekali ngan pentium. Orang biasa tulis pendek x86 jer. Lain tempat plak hang akan jumpa IA-32 (maknanya Intel Architecture 32-bit). Kalau hang jumpe nama2 canggih cam Katmai ke, Merced ke, Tualatin ker tu diaorang refer codename dier laa tuh (contohnya Katmai ngan Tualatin tu refer specific nyer Pentium III). Ader lagi, kalau hang jumpe cam P5 ker P6 ker tu dia refer melalui generasi laa tu. Aku cuma taknak hang confuse kalau tengah cari tutorial2 camni kat internet.

programming_oop_wallpaper_by_hexeno
orang tak suka atau tak tau pasal asm sebab diaorang nyer keperluan lain. contohnya orang yang nak keje web designer takkan nak blajar pasal asm kot??? diaorang belajar asp/php/html/dhtml/scripting semer tuh. Aku belajar just untuk pengetahuan (actually aku ader sebab lain :)). hang kena belajar benda2 nih ikut keperluan hang laa.. kalau hang nak reason naper aku belajar asm.. sebabnya pasal game :).. dulu aku suker main game, terutamanya rpg cam Lufia (snes), Chrono Trigger, Final Fantasy etc.. Tapi biler aku belajar asm, aku dapati ader benda menarik yang kiter bleh buat ngan pengetahuan ni – advanced cheating dalam game. aku tau ader tools yang kiter bleh guna. tapi tu tak cukup. aku nak tau camne nak buat satu :). so.. dalam proses tu aku bukan setakat belajar asm jer :). sekarang aku dah tak minat main game, sebab biler main jer aku mesti gatal tangan nak buat trainer (dah dekat 4 taun dah). dari sini aku start cracking program. Dalam tempoh ni laa aku “terpaksa” belajar banyak perkara – termasuklah C/C++, Delphi, Java, Visual Basic, dan macam2 lagi laaa (hang takleh bayangkan nyer laa :)), dan yang paling latest – .NET. Tu baru masuk bahasa pengaturcaraan, belum lagi matematik, cryptography, windows nyer drivers, bios, dan aper2 laaaa.. Pendek kata, kalau hang nak citer aper2 pasal ni ngan aku, sehari memang tak cukup laaa.. Tapi pengetahuan aku tak laa details sangat. Aku cuma ader pengetahuan details pasal asm ngan C jer. Tapi “general knowledge” yang aku ader akan buat orang ingat aku expert :). Tapi pengetahuan umum ni pun dah cukup untuk mencapai matlamat aku.

pl
Tak semestinya hang kena belajar satu benda dalam satu masa. Zaman sekarang ni kiter kena ikut cam OS – multitasking. Hang bleh belajar asm ngan aper2 high level language yang hang suke (aku rekemen – C/C++, Visual Basic ngan .NET…errr.. .NET ni bukan programming language yer, tu cuma sebahagian kecil dari keseluruhan infrastruktur yang disediakan dalam .NET). Hang kena gak belajar hang nyer OS architecture. Kalau hang guna aper2 gnu-based OS cam linux ker, ok kot.. banyak free+legal e-books. Kalau Windows payah sikit laaa. E-books ader – free tapi illegal 🙂

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net