Ketahuilah wahai Wanita, Aurat adalah Maruah & Nilai Peribadi anda!

buka-aurat3

Di bawah nie saya nak tunjukkan beberapa jenis kesalahan wanita-wanita islam zaman sekarang dalam soal menutup aurat… Ada yang menyangka dirinya sudah benar2 menutup aurat tapi hakikatnya bukan pahala yang dia dapat tapi dosa yang mengiringinya dgn menutup aurat sedemikian rupa… Insaflah wahai muslimah, sesungguhnya aurat anda adalah maruah anda yang paling berharga!!

Di bawah ini diberikan beberapa maksud drp ayat-ayat Al-Quran berkaitan perintah-perintah dalam menutup aurat, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, InsyaAllah akan memberi keberkatan kepada kita disamping dapat menjauhkan diri kita drp mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat…

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung[Surah Al-Nur : 31]

 

Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat[Surah Al-A’raf : 26]

 

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [Surah Al-Ahzab : 59]

 

Dan para perempuan tua yang telah berhenti (daripada haid dan mengandung) yang tidak ingin berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, tetapi memelihara kehormatan adalah lebih baik bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui[Surah Al-Nur : 60]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 DAN PIC DI BAWAH INI ADALAH AKIBAT DARIPADA MEMAKAI LEGGING DI TEMPAT AWAM!!!

 

 

 

TUTUPLAH AURAT ANDA WAHAI MUSLIMAH SEKALIAN SEBAGAIMANA YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH BEBERAPA POSTER DI BAWAH INI…

 

 

 

 

 

 

 

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net