Jawapan-jawapan Riak/Takabbur Segelintir Umat Baginda Rasullullah (SAW) Pada Hari Ini…

umpama buih di lautan

Rasullullah SAW menyatakan dalam hadisnya : “Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu ‘al-wahan’. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda, ‘cintakan dunia dan bencikan akhirat’…

umpama buih di lautan

umpama buih di lautan – [syamil.net]

JAWAPAN-JAWAPAN RIAK SEGELINTIR UMAT-UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W PADA HARI INI…

Sekadar Ingat-Mengingati sesama Muslim… Tepuk dada tanyalah iman sendiri…

Aku pelik sbnarnya… Bila ditanya, jwpnnya dia beragama ISLAM… I/C dia pown tertulis yg dia ISLAM… TP DIA TAHU KER AJARAN ISLAM TU MCM MANER SBNRNYA??!! Tp ntah arr, dia Islam sbb ISLAM yg diwarisi sebab parents dia ISLAM ker @ dalam agama ISLAM mmg ada ajaran yg sbgtu rupa… Hmm, bila diberi nasihat & diberi teguran, inilah jawapan2 yg aku rasa bkn aku sorang ja yang dpt, tp boleh dikatakan hampir semua org yg berniat baik nie akan dapat… Alasan2 nie kdang2 aku terpikir seolah2 dorg x pernah belajar agama langsung smpaikan bleh kuar alasan2 jahil nie… Sesungguhnya ALLAH MAHA MELIHAT & MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU!! ADAKAH INI SEMUA TNDA2 YG KIAMAT TU SMKIN DEKAT DGN KITA??!! Rnung2kan…

ANTARANYA:

(1) AKU X SAMPAI SERU LAGI LAA…

hmm.. ingat ni macam crita hantu kekasihku seru 2 ke?? Maen seru-menyeru plak… ingat, hidup cuma sekali jaa… xkan nk tunggu malaikat maut dtg dulu kot baru nk cakap, “saya x dpt seru lagi laa tlong jgn cbut nyawa saya”… keyword dia jgn la betangguh utk bertaubat… Seru ni lebih sesuai digunakan untuk Haji atau Umrah… Penggunaan belum mendapat hidayah/petunjuk lebih boleh diterima akal… Mmg benar yg hidayah itu hanya milik Allah S.W.T sahaja… Skiranya Allah mahu, sesiapa yg diingkankannya bleh mndpat hdayah drpadaNya.. Tapi bukan brmakna kita hanya perlu duduk diam sahaja menunggu hidayah itu datang bergolek kpd kita tp RISAU & TAKUTLAH skiranya kita meninggal dunia tnpa mndapat hidayah drp ALLAH S.W.T!! Agknya klo mninggal dunia dlm keadaan bgitu kemanakah kita, syurga atau neraka ALLAH??! Think bout it!!… Hidayah itu mestilah diusahakan bagi mendapatkanya samada melalui doa ataupun berusaha memperbaiki diri seboleh mungkin disamping mendalami ilmu2 agama… Cth yg paling simple aku bgi, makanan depan mata korang, kalau korang x jamah makanan tu dgn tangan korang, makanan tu takkan masuk ke dlm perut korang.. So, konklusinya kenalah usaha utk mncari hidayah Allah tu, nie x, yg slalu kta buat kta usaha jgk, tp bnyk berusaha ke arah kburukan & kemaksiatan… knapa??

(2) KUBUR MASING-MASING OK, SO KAU JGN NAK MENYIBUK…

Nie lah jwpan paling popular yg slalu kta dpt apabila cuba menegur seseorang… Btapa riak & bngganya orang yg ckp mcm tu mayb sbb dia x pnah tgk alam kubur & azab kubur 2 mcm maner… Klo mcm tu nnti klo korang meninggal korang mandilah mayat korang sendiri & kafanlah mayat korg sendri boleh ker mcm tu kawan??! Byangkan hari nie korg dh msuk lbang kbur tu, cmna?!! Sebagai seorang muslim, menjadi satu tanggungjawab kepada kita berkongsi ilmu, ingat mengingati dan tegur menegur antara saudara semuslim kita… Seperti pesan NABI MUHAMMAD S.A.W, x sempurna iman seseorang di antara kamu selagi dia x kasih kat saudara semuslim dia sendiri.. Jika kita kasih kat saudara semuslim kita, sudah tentu kita x mahu dia terus menyimpang dari ajaran agama yg sebenar dan menyedarkan dia dengan ilmu yg kita ada… mahukah kta mmber2 kta ada usaha utk terjun ke dlm neraka ALLAH?? Jadi tidak prlu timbul pengunaan ayat ‘kubur masing2’ sprti ssetengah individu” .. Jika tidak manakah letaknya kasih kita pada saudara semuslim kita jika tidak cuba menasihatinya mengikut kemampuan kita? Sempurnakah iman kita jika kita x kasih kpd saudara semuslim kita? think bout it & B carefull with ur words ‘kubur masing2’!!

(3) PARENTS AKU X KESAH, KAU SAPER NAK MENYIBOK??…

SORRY a lot to say bout this… Parents anda 2 kalau dia betol2 berilmu agama dan sygkn anda, dia akan kesah dgn anda, dia xkn nk punya anak ksyngan dia ada usaha nk mnempah neraka ALLAH… Ada stengah PARENTS konon-kononnya x kesah lngsung, sporting habis laa BUT sporting ker PARENTS tu di sisi ALLAH?? Di akirat nnti, PARENTS kita pown xkn dpt mmbntu kita wlau sbsar zarah skalipun, tiap2 org just akn pkir amalan dia jer utk dhisab… Father is the head of a family.. Bapak yg x amik kesah n x amik peduli tntg agama anak dia adalah seorg bapa yg tergolong dlm golongan yg DAYUS!! Dlm sebuah buku yg ditulis oleh HAMKA, dia pnah mnulis tntg cri2 Bapa yg DAYUS nie… Dont angry, bout think bout it carefully b4 u judge it!! Parents zaman skrg pown aku tgk bnyk yang terpesong, senang ceter mcm nie ler, kalo parents sendiri yg bergelar muslim x pernah & x nak bersolat 5 waktu, memang jgn sesekali bermimpi laa yang anak dia tu akn bersolat 5 waktu… so, perbetulkan diri dan cara anda tu dulu yer wahai PARENTS di luar sana, JANGAN JADI PARENTS DAYUS K!!

(4) ELEH, ORANG BERTUDUNG BUKANNYA SEMUA BAEK SNGT POWN…

Habis yang tak bertudung 2 baik sangatkah anda???!!! Bertdung mrupakan suruhan ALLAH & beza prmpuan Islam & Prmpuan kafir pda pndngan prtma adalah tudung, betul?? Mmmg benar, baik ke buruk seseorang 2, disisi Allah kita x tahu dia mcam mana x kiralah bertudung ke x, sebab syurga atau neraka ni bukan ditangan manusia, tapi apa yg boleh diperkatakan samada perbuatan individu tersebut boleh menjerumuskan dirinya kearah neraka ataupun tidak.. Jadi apabila menjadi tuntutan agama melarang kaum hawa mendedahkan aurat kpd yg bukan muhrim tanpa sebab munasabah, so kalo x ikut berdosa la.. Nie bukan suruhan tok lebai ke ustaz ke tp ia adalah SURUHAN Allah Yang Maha Agung, Pencipta sekalian Manusia!! Jadi jgn la sesekali terlintas dihati pun utk mempertikaikanya, jadi sila berfikir 100kali sebelum mengatakan sebab mengapa anda tak mahu mnutup aurat… Ada sglintir kaum hawa yg x mnutup aurat brkata, “I X NAK LA JADI MUNAFIK/HIPOKRIT, BIAR I TUNJUK DIRI I YG SEBENARNYA YG I MMG JNIS X MNUTUP AURAT, OK!!”.. TP KORANG NGAKU KORANG BERAGAMA ISLAM & AJARAN ISLAM SURUH MNUTUP AURAT KAN??!! SO, SAPER YG MUNAFIK SBNRNYA, ISLAM @ ANDA??!!  Think bout it seriously!! Ada jgk yg penah berkata, ” alaa kitaorg X TUTUP aurat pown tp HATI kitaorg baek la”.. Kalo gitu lebih baek kalo korang BERBOGEL jew tp HATI korang ttap baek.. x gitu kawan?? MURAH SNGTKAH HARGA NILAI DIRI KORANG TU HA??!! think!!

(5) KALO AKU PAKAI TUDUNG @ TUTUP AURAT NANTI MUKA AKU TAK CANTIK!!

Zaman skrg alasan ini pun dah bnyk keluar drp mulut mereka2 yang mengaku islam tapi hakikatnya jahil/bodoh!! Saperkah anda utk mempertikaikan wajah anda yang telah diciptakan oleh ALLAH SWT Yang Maha Pencipta???! Kalo anda mngluarkan alasan jahil ini bermakna anda sama sekali TIDAK BERSYUKUR dengan rupa paras kurniaan Allah SWT kpd anda & tidak terlalu melampau sekiranya anda dikatakan MENGHINA CIPTAAN Allah!! Berisghtifarlah sekiranya anda tergolong dlm golongan yg mcm ini!! Ingatlah apa sahaja yg telah Allah kurniakan kpd tubuh badan atau fizikal kita adalah sebaek-baek kejadian yang Allah ciptakan!! Ingatlah yang Allah SWT tidak melihat kpd rupa paras seseorang manusia, tetapi Allah melihat pada hatinya!! Tutuplah aurat anda dgn memakai tudung sebaek-baek bertudung spt yg dikehendaki syarak sehingga menutupi dada anda & bukannya bertudung spt paderi gereja & jauhkanlah amalan bertudung krn fesyen semata-mata & bukannya kerana Allah SWT…

(6) MACAMLAH AMALAN KAU TU ALLAH TERIMA SANGAT!!!

Diterima @ x amalan seseorg hanya ALLAH sahaja yg layak utk mnentukannya… Siapakah kta yg nak menilai amalan org dterima @ x?? Kita nie TUHAN ker??!! TIDAKK, kta x der hak lngsung sbnrnya!! kta sbgai hmbaNya hanya perlu taat kpd perintahnya sahaja, itu yg utama… Sah atau tidak amalan @ ibadat yang dilakukan oleh sseorg hamba hanyalah Allah sahaja yang boleh mengadilinya… Sah sesuatu amalan/ibadat yang dimaksudkan sebenar-benarnya adalah apabila sesuatu amalan yg dilakukan itu diterima oleh syarak dan apabila syarak menerimanya maka Allah SWT akn memberi pahala… Jgn kita ktuk amalan org laen sbb slalunya org yg kutuk tntg amalan org len nie dia dh rasa dirinya BAGUS, dia dh rasa PAHALA dia sdah mnckupi, dia dh rasa syurga 2 mnanti dia tp INGAT, SYURGA & NERAKA DITANGAN ALLAH S.W.T… Setinggi manapun pngkat ko, kdudukan ko, jwatan ko, kturunan ko, kemuliaan ko, KO TETAP KENA LETAK DAHI KO KAT ATAS TANAH/SEJADAH 5 KALI SEHARI SEMALAM!!! INGAT 2!! Jdi jgn kita TERLALU BANGGA dgn apa yg kita ada tpi BERSYUKURLAH sbnyk-bnyknya dgn apa yg ALLAH telah kurniakan kpd kita…

Aku selalu trpikir, knape cume dibuat kempen XNAK merokok??!! Tp kempen JOM BERTUDUNG atau JOM BERSOLAT x pernah nampak plak dibuat walaupun scra kcil-kcilan.. kalau dibuat kan lbih baik… Kalo niat kita baek INSYALLAH ALLAH permudahkan…

Artikel From : Hamba Allah yg inginkan kebaikan dunia & akhirat…

The following two tabs change content below.
Muhamad Syamil Rosli
| ♂ | 25 | Single | Malaysia | Blogger | Freelancer | ENSA + CCNA Certificates Holder | Dip. In Net | Bac of Sc. Com |
© 2015 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net