My Convocation Day, I am a UKM’s Graduate!

Pejam celik, terasa cepat sangat masa berlalu. Masih lagi segar dalam ingatan saya hari-hari awal saya masuk UKM pada tahun 2013 dulu. Masih terbayang lagi aktiviti-aktiviti minggu orientasi dulu untuk budak-budak baru yang nak kenal UKM. Semua kita pasti ada kisah yang tersendiri, ada kisah suka, kisah sedih, kisah perit yang pastinya akan jadi kenangan di zaman universiti dulu.

Banyak perkara yang dah saya belajar selama 3 tahun ni. Apa yang best UKM? Jawapan saya from the ‘deep of my heart’, UKM memang best and awesome! Anda yang nak mohon universiti, mohonlah UKM ya. (UKM tak bayar saya untuk bercakap macam tu okay! hahaha). Tak tahu macam mana nak gambarkan betapa seronoknya jadi pelajar UKM. Lokasi kampus yang sangat strategik, banyak lokasi tempat-tempat makan nearby yang sedap, kemudahan kampus yang baik, modul pembelajaran yang ‘up to date’ dari segi teori, praktikal & hands on over technology (based on my course), cara pembelajaran yang sangat kondusif & banyak lagilah sebenarnya yang menarik. Yang tak berapa menarik pun ada jugak tapi pejam mata sudahlah! Hahaha…

Saya adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Perisian). Program pengajian ini bernaung di bawah Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (FTSM) dan ia mengambil masa selama 3 tahun setengah untuk dihabiskan. Jurusan ini banyak belajar berkenaan ilmu pengaturcaraan untuk menghasilkan sesuatu program komputer, ‘software’ (web / mobile development), coding (c++, Java, Phyton), artificial intelligence (AI), machine learning, ‘networking’ dan sebagainya. Bahasa yang mudah, ‘learning outcome’ daripada program pengajian ini akan menghasilkan pelajar yang serba boleh untuk menghasilkan sesuatu perisian / produk berteraskan ilmu pengaturcaraan yang dipelajari dengan teknologi-teknologi yang ‘up to date’.

Lepas ini akan bergelar alumni UKM. Bila teringat balik kenangan sepanjang 3 tahun ini, tersenyum sendiri dibuatnya. Mana tidaknya, terlalu banyak kenangan indah selama ini dan yang paling indah sudah pasti ketika saya dan rakan-rakan yang lain bersama-sama susah dan senang untuk membawa nama UKM dan mewakili Malaysia ke acara robotik di peringkat antarabangsa. Alhamdullilah, dapat juga kami ‘terbang’ ke negara orang ketika zaman kami masih belajar.

Last but not least, terima kasih kepada rakan-rakan yang pernah mengenali, kepada sahabat yang sentiasa ada di waktu susah & senang, kepada pensyarah yang tak pernah jemu mendidik & menasihati di atas ilmu…
Terima kasih atas segala-galanya! Terima kasih UKM!

Terima kasih Allah atas takdir 3 tahun yang sangat indah & bermakna!

Jika kau tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit,
jadilah belukar di bawah lembah,
tetapi jadilah belukar terbaik di pinggir sungai sempit,
jadilah belukar, jika tak dapat menjadi pokok...

Jika tak dapat menjadi belukar selengkar,
jadilah rumput sederet,
dan serikan sebatang jalanraya...
Jika tak dapat menjadi ikan temeloh, jadilah seluang,
tetapi seluang terlincah di tasik terbentang...

Tidak semua boleh menjadi nakhoda,
sebahagian kita perlu berbaju kelasi,
namun tiap tubuh punya kerja,
tugas besar dan tugas kecil,
dan tugas segera adalah tugas yang terdekat...
Jika tak boleh menjadi jalanraya,
jadilah sekerat lorong...

Jika tak boleh menjadi matahari,
jadilah sebutir bintang,
besar bukanlah ukuran gagal-jaya,
tetapi, JADILAH YANG TERBAIK DALAM SEGALA...

Muhamad Syamil Rosli
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Software Technology),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
~ 29 October 2017 ~

The following two tabs change content below.
Mr. Muhamad Syamil Rosli
♂ | 2x | Malaysia | Blogger | ENSA + CCNA Certificates Holder | Bachelor of Computer Science (Software Technology) | Software Developer (Web | Mobile)
© 2019 Muhamad Syamil's Blog™. All rights reserved.
Powered by www.syamil.net